Kena Tipu Kereta Sambung Bayar (Owner Side)

Walaupun tertipu Alhamdulillah aku diberikan jalan keluar oleh Allah dengan harga RM dunia ni melayang. Tak apa, janji aku tak susahkan orang.

Sebelum ni aku ada tulis pasal pajak kereta (Jangan buat!) Baca la ya. 

Next selepas isu2 yang hampir membabitkan jiwa tu aku dengan pendek akalnya pergi jual kereta tu semua untuk sambung bayar. Sebab aku tak cukup nak bayar bulan-bulan hampir RM500,000 semua sekali. Kesnya start tahun 2019.

Ada juga pergi AKPK. Puan tu suruh aku pulang semua pada bank tetapi baki pinjaman aku perlu bayar juga nanti. Tak silap harga semasa total semua kereta hanya RM240,000 sahaja. Dalam hati sekarang "kenapa la aku pergi sambung bayar, better bayar bank dari pening kepala kes-kes penipuan sambung bayar ni". Padan muka. Puik!.

Sebab aku panik. Aku pergi tanya member aku yang introduce aku untuk pajak tu. Dia suggest jual sambung bayar. Kalau aku tau, aku " Acik kau!" kan dia trus hahaha.

Jadi mula la episod anxiety aku sampai lah hujung tahun 2024 baru ok sikit. Sekarang alhamdulillah, dah ok. 

1. Unit 1: Kena tipu depo tak masuk Penuh.  Dan kereta abis hilang!

Mula-mula fikir nak jual pada towing India semua sekali. Tiba-tiba unit yang aku suruh jual tu dia kata dah bagu owner baru, duit tak masuk lagi, lepas tu ada la masuk rm3k je kot.  Terus aku cancel lg 5 bijik tu. 1st kene tipu, kata ada agrement la, boleh ambil semula la. Tapi bila nak ambil macam-macam kerenah, aku pun nak built in GPS xde fulus. Dah tu, dia kata dah total lost eksiden nak geran copy. Aku bagi, semua aku bagi last2 dia kata dia letak di PJ ntah di mana. aku pergi report polis, polis kata tak boleh report hilang sebab kamu buat sambung bayar. Bank call nak tarik, tapi dia orang pun tak jumpa. Last-Last bank call kene bayar baki. RM54K. amek. Terduduk aku. Nasib time ni aku dah naik pangkat boleh buat reschedule. Tapi aku ada geran je la, kereta? Ntah! kereta aku syak India tu jual lerai atau dia pergi tukar no plate. Doakan aku dapat balik kereta tu. 

Unit 2: Pakai sendiri

Sebab aku ada kereta tempatan, aku pergi jual dan guna modal tu baiki apa patut. Apa yang jahanam tu aku baiki dan pakai. Rugi ni aku tak ingat berapa ribu sebab aku pun nak sedapkan hati (aku pakai, aku baiki, walaupun bukan aku yang rosakkan)

Unit 3: Pajak ke kereta sewa lain (hahaha tak serik)

Ada 1 unit aku pajak pada kereta sewa lain. Ni tak untung langsung, tapi kereta dijaga ok la. Last-last dia tak sanggup bela juga sebab maintenance dah start tinggi bila milage tinggi. Last-Last aku jual sambung bayar juga

Unit 4, 5: Sambung bayar, kena denga topup baki sebab bank tarik

aku hantar ke agen sambung bayar. Dapat la 10k sebiji tapi baiki sekali dengan pening kepala owner baru tak nak bayar bank. Lepas bank tarik, tapi aku kena bayar rm3-5k seunit. Tak masuk saman-saman lain. Polis, PBT dan lain2. 

Unit 6: 1 ni untung RM1500. Over estimate dah tu

Yang ni buat aku bernyawa sikit. Selepas banyak kene tipu atau tertipu dengan duniawi. Owner baru ni bayar bulan-bulan cantik, jaga kereta ok. Tapi last 3 bulan tak sanggup bayar. Aku contact dia jawab (ni rare berlaku ya, hanya jika owner baru tu beriman sikit la, owner yang unit lain-lain ni jangan harap la). Aku kata, kak, ni kalau saya ambil boleh jual balik dapat untung ni. Terus dia hantar ke use car yang terbaik.. hahaha dia pun mau untung ma. Aku pun, sebab dah jual. Takkan la aku nak ambil balik kan. Aku penat disusahkan orang, tak nak la aku pijak lagi kesusahan orang. Sebab aku tolong dia, dia sanggup la berbagi sikit rezeki dengan aku. Tapi. Aku kene juga dahulukan duit aku 3 bulan overdue tu.. lepas tu used car tu reimburse balik la kat aku + untung tu. Pening Staff used car tu pasal kes aku. Belum lagi kes JPJ, kene naik court kat Kedah. Dia pergi bawa kereta abes roadtax, sapa nak wakilkan aku time ni? Tak ada, family semua orang selatan. Tapi time ni juga Alhamdulillah aku dapat kerja bagus sikit. Jadi ada la simpanan. Rezeki anak bini jugak kot. Alhamdulillah.

Jadi kesimpulannya:
1. Pergi AKPK, minta nasihat dan GUNA nasihat tu. Sebab mereka lebih faham undang-undang Malaysia. Ya rugi ribu ribu, pening 1 kali. Lepas continue bayar cantik kau akan tenang macam kau bayar hutang personal loan shj. 
2. Jangan Sambung bayar, untung sikit je awal-awal, rugi baiki kereta, rugi kereta hilang, rugi kereta total lost, rugi masa uruskan benda-benda yang kau tak buat, rugi bergaduh laki bini sebab tak cukup duit, rugi jawab call bank minta duit tak bayo monthly, rugi masa meratap kekecewaan yang banyak ni, rugi bayarkan saman yang kau tak buat (aku hantar detail pemandu kat Polis pun, diorang tak hilangkan saman yang puluh ribu ni, PBT lagi la hantar surat saman merah sampai penuh box, kes parking la banyak), rugi pergi mahkamah kat Kedah tu oi, jauh semata-mata nak mengaku bersalah ja, tak boleh bayar saman terus tapi dapat la diskaun.  
3. Jangan mengalah, doa banyak-banyak pada Allah, sebab unit no 1 aku tu aku memang dah buntu, kereta hilang! Kene bayar bank lagi sampai sekarang. Allah tunjuk sikit-sikit, dia slowkan Bank dari setiap minggu call aku sampaila boleh reschedule tahun 2024 gila dari tahun 2020 (Covid) kereta tu hilang, asik call suruh bayar, dan diaorang tak jumpa kereta tu. (Doakan aku dapat balik, supaya dapat la aku bayar saman-saman polis dan pbt yang menimbun ni)

Kerugian sambung bayar campur penat lelah tu aku anggarkan lebih dari kalau aku reschedule bayar AKPK kot. Malas aku nak kira details. Kereta no 1 saja rm54k, belum lawyer fee bank lagi. Yang lain tu, memang tak untung, penat dapat, habuk tarak, masalah lain dapat.


Alhamdulillah, sekarang, tinggal 3 unit shj.
1. Unit 1: Bayar bodoh kepada bank bulan-bulan sebab hilang
2. Unit 2: tingal beberapa bulan je lagi
3. Unit 3: owner baru asik overdue payment je. Sigh.. nak buat loan kereta baru pun tak boleh.. CCRIS tak cantik. 

Doakan dapat selesaikan ya. 

Jangan terpedaya keindahan sekejap sambung bayar. Suka sekarang derita berkali-kali. 

KD YANG MENULIS

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa KD Menulis

Nak Pencen Dengan Property Rumah Banyak

Seorang ibu yang terseksa di masa lalu dan kesannya