Seorang ibu yang terseksa di masa lalu dan kesannya
Harini aku nak ceritakan tentang ibu aku,
Dari kecil dia tak dapat kasih sayang ibu bapa dan adik beradik selayaknya (bedasarkan cerita dia lah dan tak pula disanggah oleh adik beradiknya bila dia bercerita di kampung; ya "of course" lah jadi bertengkar masa tu)
Secara ringkasnya:
1. Dibuli abang tolak masuk semak berduri, dll
2. Di tinggalkan oleh nenek aku dan adik beradik ibu ketika hari raya.
3. Dibuli oleh kakak masak, basuh kain kemas umah macam bibik masa bujang (adik-beradik lain pun kena juga tapi diorang lari lepas kena tu, cuma mak aku ni je tak tau la kenapa baik sangat tak lari)
4. Dituduh curi baju yang dah dibuang dalam tong sampah oleh kakaknya (sedangkan dia kutip dari tong sampah dan jahit semula baju tu)
5. Abang tak ada rumah, di tawarkan rumah dgn sewa yang tak masuk akal (lepas bayar duit instalment rumah je la) dan berjanji jual dengan harga beberapa puluh ribu sahaja (tak sampai RM50k woi). Abang pegi renovate rumah pakai KWSP (ada duit pulak!) dan masih hutang dia RM15k sampai sekarang. Rumah tu landed, seksrang harga RM300K kot tak salah.
6. Kawen dengan bapak aku orang jauh ( tempah van untuk ahli keluarga datang kenduri), yang datang hanya parent sahaja.
7. Lepas arwah bapa aku meninggal, ibu aku minta ibunya teman dia di rumah kami, untuk semalam sahaja. Ibu dia tolak. Adik beradik lain langsung tak pujuk arwah nenek aku supaya bagi semangat pada mak aku.
8. Lepas bapa aku meninggal, kami seolah-olah dibuang oleh keluarga bapa aku. (Mungkin bini-bini diorg takut mak aku rampas laki dia kot (ingat ibu nak terliur dengan orang macam tu?).
9. Ketika atok aku meninggal, ibu aku difitnah depan-depan oleh keluarga jauhnya (aku rasa pangkat makcik arwah ayah aku). Katanya ibu aku tak datang tengok arwah atok. Padahal dia tengah cakap dengan mak aku kot. Berkali-kali mak aku cakap "acik kenal ke bini si fulan tu?". Sial punya mulut. Aku tak tau la sapa cucuk makcik tu.
10. Pencen arwah ayah aku dibahagi dua antara mak aku dan atok, entah kenapa, kami hidup dengan rm700 sebulan 5 beradik. Fuh, teringat bila betul-betul miskin dulu.
11. Dia nak kawen, dihalang oleh family dia atas sebab ada anak. Tapi ahli keluarga lain yg bercerai berai nak kawen lain boleh plak?? (Dia ada kenal sorang pengarah tempat dia bekerja, ibu senior worker biasa saja, work professionally dan dia susah diapproach oleh orang lelaki, tapi pengarah (bujang terlajak) ni gentle la kata nak kawen dengan dia sebab terpikat dgn professionalisme ibu).
12. Dan banyak lagi situasi dimana dia dibuli oleh ibu, adik beradik dia. Malas nak ulas.
Sekarang, dia sebenarnya ok;masak, kemas tumah, berkebun sikit-sikit, tapi ada masa mesti dia macam boleh terdengar orang sekeliling (selain anak-anak dia) cakap buruk atau khianat pada dia.
Jiran hantar tahi kucing lah, dia jumpa ustaz mana entah kata dia tak bersyukur lah (bila pulak ustaz-ustaz nak saja-saja jumpa dia, entah), ada orang mengikut dan nak khianat anak dia lah. Dan throw back kat situasi-situasi yang lama macam aku tulis kat atas tu (jadi marah-marah dan bad mood).
Macam-macam yang memeningkan kepala dan menyusahkan diri dia sendiri memikirkan benda yang tak terjadi atau dah terjadi tu.
Aku tau, bukan dia nak benda-benda ni terjadi, tapi mengganggu kami adik beradik yang tengah-tengah 'happy-happy' kat kampung.
Aku boleh bersabar, tapi bini aku tak boleh sabar sebab kadang-kadang, dia boleh 'pick fight' dengan bini aku saja-saja. Aku konfius dia nak gurau ke memang nak doakan supaya bini aku jadi susah??
Aku nak bawa dia ke psikatari, tak tau macam mana. Nanti dia ingat aku kata dia gila.
Macam mana ya?
Ya dia masih duduk di timeline yang lepas macam 'holding grudge' pada yang bagi dia momen buruk tu.
Jadi pengajarannya disini:
1. Jangan la buli orang, efek dia kadang-kadang makan tahun nak diubat.
2. Masalah mental ni macam tak nampak bagi orang yang hanya pandang tanpa memerhati / menghayati. Jadi alert la pada persekitaran ahli keluarga
3. Jangan jadi terlalu baik pada orang, walaupun adik beradik.
4. Nak kasih sayang orang bukan dengan tawarkan harta (ibu tawarkan rumah pada abang dia dengan harga motorsikal (tak masuk akal betul) sebab nenek minta tolong, last-last nenek buat tak tau juga dengan ibu). Dia akan datang sendiri kalau betul-betul sayangkan kau.
5. Kalau ibu kau jenis macam ni, kau kena kawen dengan orang yang memahami dan susah nak marah. Susah kalau pasangan kau tu pun cepat panas. Sebab walau kau terangkan macam mana pun, susah orang luar nak faham sebab bagi diorang, simple je, tak perlu ungkit, dah settle (tapi bukan senang macam tu oi)
6. Bila orang macam ni start buat perangai, cepat-cepat tukar topik supaya dapat distract dia dari hidup dalam stress. Lagi-lagi bila ada tetamu, takut tetamu pun jadi tak selesa dan boleh jaja keburukan dia pada orang lain.
7. Sayangilah keluarga anda, jangan 'take advantage' atas kesenangan orang lain, kau nampak dia senang, kau tak tau struggle dia macam mana. Kau miskin, minta la bantuan pada salur yang sepatutnya. Bukan susahkan orang lagi-lagi perempuan yang baru kematian suami. (Ya, kau la pakcik! Acah-acah miskin, rumah kau (rumah ibu aku tu!) Lagi mewah (siap renovate) dari rumah ibu aku tinggal sekarang).
8. Bayar la hutang, walaupun yang memberi hutang tu tak minta (penat dah minta sebab kau asyik ingat kami tak mati pun kalau tak dapat balik duit kau hutang tu).
P/s: Untuk yang bagi kesan mental buruk pada ibu aku tu, semoga kau dibalas dengan setimpal.
Doakan aku diberi rezeki yang melimpah ruah, supaya aku dapat bantu mak aku 'set boundary' dari toxic keluarga dia. Aku nak pindahkan dia ke rumah lain, dan bayarkan hutang pakcik aku tu pada ibu aku dan pujuk dia tukar nama rumah tu pada abang dia yang chepaskate tu. (aku bayarkan hutang kau pakcik!). Biar dia hanya ada anak-anak dan cucu-cucu dia sahaja.
Comments
Post a Comment