Nak Pencen Dengan Property Rumah Banyak
Salam,
Tadi ada tengok satu video orang kaya naik private jet, ajar anak dia money don't buy happiness. Dipendekkan cerita, bapaknya suruh jaga property dia dan jangan jual kalau bapaknya meninggal sebab duit tak naik value, property naik value.
Well betul aku setuju. Tapi ingat, dia dah tak ada hutang atas property tu. Kau, nak invest dalam rumah sewa yang banyak-banyak, ambil hutang, bayar instalments RM1200, sewa RM1500. Ada yang instalment RM1500, sewakan RM1500.
Cuba kira dulu berapa untung bulanan, berapa maintenance. Jika untung, short term bagus? Sekejap! Tau tak, sewa rumah RM1500, declare pendapatan dari sewaan berapa? RM1500 juga tuan puan.. jadi berapa jumlah tahunan pendapatan sewaan yang dikenakan cukai?RM18,000!
Kalau kau bergaji, lepas tu ada rumah sewa jumlah ni akan bertambah. Jadi tax bracket kau akan tinggi. Jika total gaji tahunan campur elaun dan bonus dan SEWAAN lebih RM100,000 setahun. Tax Boleh cecah 24% setahun!
Ingat, harini kau lepas dari income tax sebab system kita belum ketat lagi. Harini sewa lebih, dapat untung, masuk poket, government tak perasan. Tapi ingat, lembaga cukai sekarang dah boleh access income kita tuan-puan. Lambat laun kena juga.
Jadi orang bijak pandai sekalian, ni game siapa punya sebenarnya? Bank! dan cash buyer! Kadar value rumah memang menaik tiap tahun, tapi berapa percent? Jika mortgage kau interest/profit tahunan sama atau lebih dari kadar kenaikan value, itu ada lah red flag. Kau akan tanggung hutang tu, bersama risikonya sekali. Kau boleh jual, tapi mungkin tak ada untung atau confirm rugi. Oi belum nak bayar income tax lagi!
Jadi mari kita lihat kondisi cash buyer yang dah pencen.
Beli rumah RM350,000. interest 0%!. Property value meningkat katakan 3% setahun. Dari segi value, dah untung. Wow! Tapi sewa RM1500 sebulan. Berapa income tax? 1%. Dapat la 2%
2% x RM1500 = RM30, lepas la beli value meal kat kedai fast food sebulan. Cukup ke RM1500 - tax(1%) = RM 1485 sebulan bila kita dah pencen nanti? Nak urus rumah sewa, agreement, kutip sewa, baiki lepas dan sebelum penyewa keluar masuk. Alahai lecehnya.
Bila kita dah tua 65 ke atas perlu ke bayar income tax? Well tuan puan, ya! Gomen tak fikir tu je kita ada, tu je buat belanja. Kalau sakit, insurance pun dah tak layan kalau dah tua ni. Nak beli ubat bagai lagi.
Well, siapa yang dapat ubah dengan kuasa yang ada di tangan, mohon ubah. Zakat sangat adil. Jika income dia tak capai basic, tak perlu pun bayar zakat. Malah di beri lagi oleh zakat.
Berkecai terus impian aku nak ada 6 buah rumah sewa bila dah pencen nanti, target aku nak ada sekurang-kurangnya RM6000 sebulan ketika pencen boleh kata hancur kerana income tax ni. 21% tuan puan.. banyak tu dia sakau. Kalau nak RM6000 kau perlu buat lebih dari tu maknanya untuk nilai yang kau anggap 6 buah rumah tu kena naik lagi ke 7 atau 8 buah supaya dapat bersih RM6000 sebulan.
Konklusinya, aku kemungkinan besar tak akan invest dalam property sekiranya aku menggunakan mortgage (hutang). Well nak bayar cukai time dah senja, maintenance lagi, adui nak duduk surau pun tak senang. Ada banyak lagi medium yang boleh dapat lebih dari tu dan cukainya dah terbayar contoh, simpanan Tabung Haji, 3% dah siap bayar cukai dan zakat. Banyak lagi la.
So is cash is better than property? Somewhat is yes. Adakah ianya lebih simple? Absolutely!
Invest wisely, jangan tamak! Tenang dan analisis dulu.
Comments
Post a Comment