Pulangan Pajak Kereta Sewa Untung Banyak!

Edited: 30 Julai 2025

Untung RM500 sebuah kereta? Memang untung la kan. Tanpa buang masa aku pergi buat loan kereta sebanyak 6 buah. 6 bulan pertama memang sedap, RM3000 bersih!

Tapi. 

Aku kerap merasakan 'series of' "baik aku mati je". Selepas 6 bulan tu berlalu. Apa jadi kalau eksiden? Apa jadi kalau rosak? Apa jadi kalau kena speed trap?

Fikiran ni mula lama dah sebab aku gagal dalam bisness pajak kereta waktu aku muda dulu. Buat loan, walaupun dah fikir panjang tapi bila aku terlau percayakan business partner aku yang menjanjikan penjagaan kereta sewa yang 'tip top', pajak 5 tahun, kemudian jual kereta dpt untung lg sebab RV tinggi. 

Untuk korang berhati-hati, syarikat sewa tu berpangkalan di gombak/selayang, target customer UIA student, pak arab, Pakistan dll. Partner aku tu nama M. H.  (Aku dah lost contact sebab kena block, bini dia target pemajak perempuan tak ingat nama apa)

Jadi, risiko tinggi sangat bisness pajak kereta ni sebab tak laku pun nak lawan di mahkamah. Aku nasihatkan korang tak payah la buat. Untung banyak sekejap je 6 bulan pertama, lepas tu untung sedikit, lepas tu kereta lunyai selepas 3 tahun (percaya kawan punya pasal, tak tau la kereta servis ke tak, minyak gearbox tukar ke tak) , mula lah episod rugi. 

Aku rasa aku kena anxiety, tapi aku tak pegi jumpa doktor. Jantung dub dap, tak boleh tido. Lepas 6 bulan mulakan bisnes, sebab aku baru terfikir, insurance kereta under nama aku, kalau eksiden apa, kau kena buat report, kau yang kena tanggung, kalau apa- apa kerosakan tambahan lain yang pihak insuran tak cover. Tambahan lagi, saman parking, ekor, speed trap, semua tu atas nama owner (aku rasa berpuluh ribu saman atas nama aku)

Jadi, 'stop right there' kawan. Walaupun yang buat bisnes tu sedara kau. 

Lepas 3 tahun, M.H pulang kereta aku (dia hantar budak dia utk pulangkan, dia sendiri xjumpa aku face to face). Engin kereta gegar, kemek sana sini, head rest hilang, arial radio hilang, radio terkopek dan banyak lagi. Ya aku bukan ada 1 buah tp berbuah-buah kereta. 
Bayangkan betapa banyaknya kerugian aku lepas tu. Makan puluh ribu seunit. 

Kau tahu berapa banyak aku rugi dan M.H. untung? Kau banyangkan dalam 10 orang member dia pajak kat dia. Dia dah ada Mercedes lepas saja setahun dia bisnes, 1 rumah 2 tingkat dan tak silap aku dia ada beli tanah. Member yang 10 orang nindapat apa? Lepas 3 tahun dapat kereta barai, hutang masih banyak dengan bank, nak jual tak laku harga tinggi nak cover hutang. 

Dan mulalah episod bodoh kuasa aku, jual kereta sambung bayar. Nanti aku cerita. 

Kenapa 'baik aku mati je'? Disebabkan kegagalan ini, aku memang ambil life insurance. Aku rasa kalau aku mati, life insurance ni akan cover hutang-hutang aku. Well, aku tak mati dan fikiran ni kerap mengganggu aku tak kira masa. 

Doakan aku yang naif ni,
KD.

Ini contoh real kes yang dapat liputan media:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/439522/ditipu-syarikat-pajak-kereta

Update May 2025: episod tu dah hilang. Alhamdulillah aku tergerak hati nak dengar kuliah agama UAI. Tengok short video pasal Akidah. 

#sewakereta
#pajakkereta
#risiko






 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa KD Menulis

Nak Pencen Dengan Property Rumah Banyak

Seorang ibu yang terseksa di masa lalu dan kesannya