Posts

Nak Pencen Dengan Property Rumah Banyak

Salam, Tadi ada tengok satu video orang kaya naik private jet, ajar anak dia money don't buy happiness. Dipendekkan cerita, bapaknya suruh jaga property dia dan jangan jual kalau bapaknya meninggal sebab duit tak naik value, property naik value.  Well betul aku setuju. Tapi ingat, dia dah tak ada hutang atas property tu. Kau, nak invest dalam rumah sewa yang banyak-banyak, ambil hutang, bayar instalments RM1200, sewa RM1500. Ada yang instalment RM1500, sewakan RM1500. Cuba kira dulu berapa untung bulanan, berapa maintenance. Jika untung, short term bagus? Sekejap! Tau tak, sewa rumah RM1500, declare pendapatan dari sewaan berapa? RM1500 juga tuan puan.. jadi berapa jumlah tahunan pendapatan sewaan yang dikenakan cukai?RM18,000!  Kalau kau bergaji, lepas tu ada rumah sewa jumlah ni akan bertambah. Jadi tax bracket kau akan tinggi. Jika total gaji tahunan campur elaun dan bonus dan SEWAAN lebih RM100,000 setahun. Tax Boleh cecah 24% setahun! Ingat, harini kau lepas dari income t...

Kena Tipu Kereta Sambung Bayar (Owner Side)

Walaupun tertipu Alhamdulillah aku diberikan jalan keluar oleh Allah dengan harga RM dunia ni melayang. Tak apa, janji aku tak susahkan orang. Sebelum ni aku ada tulis pasal pajak kereta (Jangan buat!) Baca la ya.  Next selepas isu2 yang hampir membabitkan jiwa tu aku dengan pendek akalnya pergi jual kereta tu semua untuk sambung bayar. Sebab aku tak cukup nak bayar bulan-bulan hampir RM500,000 semua sekali. Kesnya start tahun 2019. Ada juga pergi AKPK. Puan tu suruh aku pulang semua pada bank tetapi baki pinjaman aku perlu bayar juga nanti. Tak silap harga semasa total semua kereta hanya RM240,000 sahaja. Dalam hati sekarang "kenapa la aku pergi sambung bayar, better bayar bank dari pening kepala kes-kes penipuan sambung bayar ni". Padan muka. Puik!. Sebab aku panik. Aku pergi tanya member aku yang introduce aku untuk pajak tu. Dia suggest jual sambung bayar. Kalau aku tau, aku " Acik kau!" kan dia trus hahaha. Jadi mula la episod anxiety aku sampai lah hujung tahu...

Seorang ibu yang terseksa di masa lalu dan kesannya

Harini aku nak ceritakan tentang ibu aku,  Dari kecil dia tak dapat kasih sayang ibu bapa dan adik beradik selayaknya (bedasarkan cerita dia lah dan tak pula disanggah oleh adik beradiknya bila dia bercerita di kampung; ya "of course" lah jadi bertengkar masa tu) Secara ringkasnya: 1. Dibuli abang tolak masuk semak berduri, dll 2. Di tinggalkan oleh nenek aku dan adik beradik ibu ketika hari raya.  3. Dibuli oleh kakak masak, basuh kain kemas umah macam bibik masa bujang (adik-beradik lain pun kena juga tapi diorang lari lepas kena tu, cuma mak aku ni je tak tau la kenapa baik sangat tak lari) 4. Dituduh curi baju yang dah dibuang dalam tong sampah  oleh kakaknya (sedangkan dia kutip dari tong sampah dan jahit semula baju tu) 5. Abang tak ada rumah, di tawarkan rumah dgn sewa yang tak masuk akal (lepas bayar duit instalment rumah je la) dan berjanji jual dengan harga beberapa puluh ribu sahaja (tak sampai RM50k woi). Abang pegi renovate rumah pakai KWSP (ada duit pulak!) ...

Pulangan Pajak Kereta Sewa Untung Banyak!

Edited: 30 Julai 2025 Untung RM500 sebuah kereta? Memang untung la kan. Tanpa buang masa aku pergi buat loan kereta sebanyak 6 buah. 6 bulan pertama memang sedap, RM3000 bersih! Tapi.  Aku kerap merasakan 'series of' "baik aku mati je". Selepas 6 bulan tu berlalu. Apa jadi kalau eksiden? Apa jadi kalau rosak? Apa jadi kalau kena speed trap? Fikiran ni mula lama dah sebab aku gagal dalam bisness pajak kereta waktu aku muda dulu. Buat loan, walaupun dah fikir panjang tapi bila aku terlau percayakan business partner aku yang menjanjikan penjagaan kereta sewa yang 'tip top', pajak 5 tahun, kemudian jual kereta dpt untung lg sebab RV tinggi.  Untuk korang berhati-hati, syarikat sewa tu berpangkalan di gombak/selayang, target customer UIA student, pak arab, Pakistan dll. Partner aku tu nama M. H.  (Aku dah lost contact sebab kena block, bini dia target pemajak perempuan tak ingat nama apa) Jadi, risiko tinggi sangat bisness pajak kereta ni sebab tak laku pun nak law...

Kenapa KD Menulis

Assalamualaikum, Aku KD.  Aku menulis adalah supaya manusia mempelajari segala kesilapan yang aku buat. Selain dari aku ingin menulis jurnal utk diri. Ya, aku naif, tamak ketika muda. Malah, bila dah meningkat umur ni pun aku masih rasa ada sifat tu, tapi agak kurang berbanding dulu. Jadi aku menulis supaya tiada lagi orang mengikut jejak langkah sumbang aku dalam dunia ini.  Aku juga nak generasi akan datang supaya bijak memilih dan mengkaji dahulu sebelum bertindak.  Jadi, bacalah, semoga kita dapat sama-sama belajar tentang dunia yang boleh dikatakan tak adil ini.